Followers

Monday, August 24, 2009

duhai anakku

arini msk ari ke 3 kita berpuasa dan Alhamdulillah aku berjaya mengerjakannya. selagi termampu buatla kan lgpn memikirkan aku hanya totally bed rest xdk reason for do not fasting. sayang pun nk tggl posa ni. x rasa nikmat ramadhan..dh la aku ni kategori malas ganti posa gak. harap2 berjaya sampai a day before caeserean nnti..Insyaallah amin

lepas 2 hari berpeluang berbuka bersama hubby, irfan (walau x posa) and in laws family arini aku back to ward. sedih sgt saat nk berpisah ngan irfan td pg di saat dia masih tidur...as usual airmata tidak dpt aku bendung jatuh jua...

almost 2++ days at home aku mmg really spend time ngan dia and hubby and sekrg ni aku sgt sensitif kalau hubby marah kan dia..aku turut akan menangis kalau dia menangis2 mengadu dgn aku walhal sebelum ni aku mmg nk hubby tegas ngan dia sebab dia dh terlalu dimanjakan sampai aku takut irfan akan jd melampau dan x dpt ditegur lagi. tp disebabkan condition aku camni sensitif plak kalau tgk dia kena marah...tambahan skrg ni masanya byk di umah opah dan atok yg terlalu memanjakan dia...apa dia nak semua diberi. x penah marah walau dia buat salah..dh xleh di tegur ade je jwpn dr mulutnye yg makin petah berbicara. risau jugak aku melihat keadaan ni tp aku x berdaya pn nk buat apa2... as for now a really good care of him is the very much2 important for me coz me myself can't be around him. just berdoa sj.

td hubby antarkan juadah berbuka..ingatnya nk ajak dia stay berbuka dgn aku sekejap tp memandangkan pak guard pd mulanya x benarkan irfan msk due to H1N1 yg berleluasa skrg ni. Hubby bg alasan sekejap sj just nk antar makanan then he let irfan to be in...so berbukala aku srg2 sambil memandang luar tingkap. terasa nk nangis tp aku berjaya menahan dgn positif kan diri aku, at least aku dpt jumpa anakku walau sekejap...x dpt berbuka dgn hubby pn xpala.

Kalau dtg melawat aku irfan selalu akan minta aku suapkan dia nasi. blh dikatakan setiap kali dia dtg...kt umah dlm kemengahan aku masakkan sup favourite dia...2 kali mkn nasi dlm 1 hr..susah tu bg seorg yg bernama irfan...nk mkn skit pn susah. smlm aku cuba cari kekuatan utk bgtau dia yg aku terpaksa blk ke hsptl keesokkan harinya. 'irfan mummy kena blk hospital lagi esok' sambil tarik muka dia jwb ' ala....xnkla kwn mummy'....sedih sgt dgr jwpn dia mcm tu...aku tau dia happy bila aku ada around. what can i do ... terasa ujian utk aku berat bila melibatkan hal anak yg sgt aku syg tu....

Kdg2 aku ada juga terfikir yg aku terlalu hanya memikirkan irfan walhal what makes me need to be here is also for the sake of my baby too...bila hati gundah aku positifkan diri la dgn ini. x adil aku hnya fikir irfan sj. pdhal zuriat dlm kandungan ku ini juga anakku.

aku really hope this weekend i will be allow to go for homeleave again. masa prof round ward td dia ckp may be last this weekend.next week by my 36week dh xleh...itupn 50-50...harap2 aku blh la blk lagi psl what makes me scared most right now is they're getting strict to the visitors due to H1N1..no children below 12 yo allowed to be in ward.

Thursday, August 20, 2009

Al Fatihah...

lately lepas srg2 saudara mara dekat atau jauh atau insan yg aku kenal kembali ke rahmatullah...bermula dgn cousin aku abg omar, dia eksiden xtau sapa langgar on the nk pegi keja...kepala dia teruk...sampai di saat akhir hayatnya dia hanya blh minum susu..makan ckp semua x blh. pegi dia meninggalkan anak2 yg masih kecil dan masih bersekolah.

after a few month paklang khalil (adik ayah) pula kembali ke rahmatullah...kepergiannya sgt dirasai dlm keluarga kami kerana blh dikatakan secara mengejut.dia ke IJN utk check up ikut appoinment yg sepatutnya tetapi tanpa di sangka2 dia drop on that day gk kt IJN. mlm tu aku sempat la berada di sisinya di saat dia menghembuskan nafas terakhir walau masa tu dia dh x sedar lagi. Kehilangan paklang adalah sgt besar dlm keluarga kami kerana dia antara yg selalu memainkan peranan penting dlm urusan keluarga kami yg besar ini. Ayah bagai hilang semangat, katanya plang bkn sekadar adiknya malah di anggap juga sbg teman karibnya. Nasib juga la anak2 plang dh besar2 belaka dan sudah blh membawa diri.
after a few month lagi mak aku pula kembali ke rahmatullah...kisah mak sudah aku ceritakan pada entry yg sebelum ni. kini hanya doa mengiringi mak. setiap hari aku bacakan al-quran utk mak..nak habiskan sebuah sampai khatam. utk aku juga yg dlm keadaan mcm ni. lepas solat maghrib itula rutinku seharian.

x lama selepas mak tiada, anak kepada kwn kakak sulong ku berumur 2 thn pula meninggal dlm kemalangan yg agak mengerikan...anaknya tu terpelanting keluar melalui cermin blkg kereta yg pecah, puas mencari x kelihatan rupanya dia tercampak ke dalam longkang luar highway berlumuran darah. otw ke hsptl dia sempat lagi memanggil mama..mama....sedih btul aku membaca kronologi dr mama dia menceritakan tentang saat2 kematian anak bongsunya itu. airmata ibu mana yg blh tahan. mengalir dikala aku membacanya.

selepas sebulan ketiadaan mak, saudara terdekat blh dikatakan kakak kepada mak pula dikhabarkan meninggal dunia...diabetes yg agak kronik. kaki nya dah di potong sampai atas sebelah. dia byk menyimpan kisah2 mak aku dr kecil hingga berkahwin ngan ayah.

and 2 hr lepas wife kpd cousin aku pula menghembuskan nafas terakhirnya kerana menghidap leukimia. begitu cepat leukimia ni merebak kerana terasa baru sj mendapat berita yg dia menghidap leukimia yg serius. masa hari pengebumian mak dia ada dtg dan keadaan nya sgt berlainan...kurus yg hnya tggl tulang.cengkung mukanya. dia ni seorg yg sgt happy go lucky. br ja cousin aku bercrita td yg anak bongsunya asyik sj menangis dan langsung x mahu berenggang ngan ayahnya skrg ni...baru darjah 2. dia rapat ngan maknya. dia tinggalkan 3 anak yg masih belum tahu mengurus diri sendiri...yg ke 2 darjah 5 and sulong form 1.kesian kan...sekali lagi menitik airmataku mengenang nasib mereka. siapala yg nk diharapkan utk uruskan umah, makan, pakai sekolah bdk2 tu.

Sengaja aku bergurau dgn hubby ntah2 aku pula selepas ni. Ya Allah panjangkan umurku kerana aku belum sepenuhnya menjalankan tanggungjawabku terhadapMu. Aku pohon padaMu jgnla di ambil nyawaku di saat anak2 masih memerlukan seorang ibu.amin

Alfatihah utk semua.

Wednesday, August 19, 2009

living summary

dh lama aku x update blog..lepas ja ketiadaan mak, aku blk kl mc trus sampai la last week 11hb aug 09 aku admitted..dh xleh excuse lagi. sepanjang sebulan lebih mc and stay kt umah irfan sgt close and manja ngan aku pdhal selama ni dia more to his papa.tido semua ngan aku.dlu dia akan dok bwh ketiak papa dia sampai lena br leh angkat msk blk. la ni tgk aku msk blk ja dia akan msk ngan bantal busuk dia borak2 pastu tido ngan mummy...
bygkan betapa beratnya hati nk melangkah msk ke ward yg kita dh tau akan stay lama sampai bersalin kt sini.ingat ja dia aku mesti nangis...MIL aku ckp tido mlm dia mcm x jerap ja asyik terjaga...mesti dia ingat mummy tp xtau camna nk hbq. last weekend aku dibenarkan utk homeleave. bkn main happy lagi..sepanjang perjalanan dia asyik bersembang ngan aku..mcm2 dia tnya.siap suruh aku masakkan dia sup ayam.x penah2 dok request.terharu betui...and last weekend berlalu ngan bahagia sekali buatku...hubby pun really spent time with us.sabtu siap pi low yat cari broadband utk aku, pastu siap pi sogo shopping baju raya utk anak2. dlm xleh byk berjalan sebenarnya aku ni. suppose aku kena check in blk ahad petang tp berat sgt hati nk tinggalkan irfan, hubby and rumah so aku postponed ke isnin pagi...mlm tu ward call tnya bila nk blk..sib baik depa ok.sampai je ward semua dok tggu aku dh...sampai aku xdn nk bersalaman mesra ngan hubby.rupanya ward lengang patient xdk...blh dikira...patut arr depa xdk keja.
kt ward setiap hari mentua aku antarkan nasi n lauk...terharu aku and kdg2 rasa bersalah psl menyusahkan dia.dh la jaga anak aku lagi.lauk2 nya plak bkn cokia2.mcm2 dia masak.aku x mkn la nasi hospital...cerewet skit aku ni...x sedap la...xleh pi...setiap ptg hubby dtg la bw irfan...walau dlm hati risau psl H1N1 skrg ni tp aku nk jumpa dia nak wat camna..pesan la suruh dia pakai mask.
From their schedule suppose aku kena caeser by 38week. which is fall on 17th sept (planned caeserean every thursday)...aku pujuk dr tiap2 hari. nk cepat kan skit. psl 17th tu lg 3 hr nk raya. byk faktor la aku xnk dekat sgt raya...1st mmg aku nk blk raya AS psl aku kesiankan adik2 aku yg 1st time raya without mak. 2nd aku xnk buat mentua aku rasa serba salah nk blk beraya umah adik dia di perlis kalau aku masih di ward or terlalu br utk travel jauh...aku nk dia rasa comfortable n xnk menyusahkan dia. 3rd of course la psl aku nak salary aku jalan balik cepat skit...so after discussion they allowed me on 10th sept...Alhamdulillah....might be a little bit risk to bb...takut dia x leh bernafas lg need oksigen for 1-2 days but kes tu 1 dlm 100 dr ckp...so ckp ngan hubby dia mula x kasi gak psl dgr risk tu tapi dh aku insist dia kalah gk ngan aku...Insyaallah aku akan berdoa selalu semua selamat.