Followers

Monday, February 28, 2011

ku serah segalanya padaMu Ya Allah




Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan

##

Chorus:

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

###

*Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

##

Ulangi Chorus

Ulangi *

###

Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku…

byk sgt halangan untuk aku melalui titian perjalanan hidup aku..bila tiba kekuatan luarbiasa terbina dgn jitu pasti ada jua halangan yg melintasi supaya aku membatalkan niatku and aku sendiri xtau apa yg aku fikirkan tu betul @ tak, yg pasti diri aku sentiasa dikuasi hati yg mengatasi fikiran....Ya ALLAH aku xtau apa yg telah Kau rancang n tetapkan dlm hidup aku...buka pintu aku utk redha ikhlas menerima semua dugaanMu Ya Allah...kuatkan semangat aku dan beri aku kesabaran & ketabahan yg x penah bertepi....aku serahkan segala perjalanan hidupku kepadaMu Ya ALLAH kerana aku insan lemah yg sgt tidak berdaya lagi untuk berbuat apa2....

Thursday, February 24, 2011

Vitamin Jiwa 1

Artikel ni telah dishare kan oleh Puan Sone utk aku..thanks friend...hgpa tau x aku masih teguh disini dgn suntikan vitamin2 penguat yg hgpa selalu bg and anak2....disamping semua janji2 Tuhan terhadap org2 yg di ujiNya tu. Amin

Mengapa Harus Bersedih?

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.
Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.

Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - Ibrahim 14:34

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?

Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?

Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?

Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:

"Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.

Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.

Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?

Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.

Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.

Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.

Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!

Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?

Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.

Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.

Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.

Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Tuesday, February 22, 2011

.......................

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah redhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah redhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Thursday, February 17, 2011

sabar..sabar dan sabar lagi



Sabar lagi ....sebanyak mana kesabaran nak dituntut dari aku aku pn xtau...takpa aku sabar jugak lagi...semua tu dgn suntikan vitamin-vitamin penguat roh dan jiwa raga yg aku dapat dari kwn2, carian di internet, akhbar dan kat mana saja aku nampak and baca apa jua ayat2 penguat semangat untuk buat aku terus positif menempuh semua ni..apalagi yg boleh aku buatkan...aku buat semua ni kerana Allah sebab Allah dah janjikan pasti ada kemudahan sesudah kesusahan..aku harus yakin dengan janji tuhan dan aku kuat dengan tu ja.
demi tuhan..demi anak2..demi satu kebahagiaan yg ntah bilanya akan tiba....sabarlah (walau sebenarnya aku dh penat, dh letih utk bersabar)

Tuesday, February 15, 2011

Habit mereka sama



habit sapa? tu budak 2 org di atas tu....hihihi...dua2 beradik ni mmg suka isap jari...irfan sampai la ni sampai dh kembang ibu jari dia tu..bezanya Irfan tangan kiri, Ilham tangan kanan...
kalau dia ngamuk2 dpt ja msk jari dia dmlm mulut diamla....huhuhu....
Iqram ja yg xdk habit pelik...bantal busuk pn dia xdk....yg dia tau terjaga mlm dia melalak .... dia nk bf jaaaa...dh besaq dh tau...
mmmmuaaaahhhh....sayang anak2 mummy ni..
actually jiwa agak dok kearah mengarat nih...rasa hidup x bahagia..rasa mcm xdk cinta...rasa mcm dh x best...rasa jeles dgn semua org yg bahagia dimanjakan, dihargai , ditatang ....waaaaaa...tuhan ja tau gelora di hati Hanim (uit tiru cik boss nya ayat sat buleh boss)

Sunday, February 13, 2011

fham's nursery


lately kan bila byk masa spend dgn anak2 ku itew kdg2 rasa cam lawak pn ada...kejadian di hr mggu br ni...bila tiga2 time for milk sampai aku kena bancuh 3 botol sekaligus.pastu aku baringkan ketiga2 nya sebaris...hihihi...tetiba rasa mcm nursery la pulak...
lately ilham dh makin kerap terjaga mlm nk susu..adoi terbangun2la mummy ni kalut p bancuh susu satgi buat dek sora dia yg agak speaker tu jaga plak si iqram...irfan no hal sgt bab2 sound interruption nih. kalau dia lena xdk hal dh...si iqram kalau terbangun mula la dia wat amukan ablasa dia...dh bg minum kdg2 tidoq sat dh iqram plak merengek nk susu,,,dah bangun plak dh....
Ilham mmg seawal subuh dia mesti bangun coz dia kan tidoq awai.
Weekend ni dok melayan anak2 even penat rasa puas n happy sgt spending time dgn depa..
Sekrg lepas kejadian kena make sure ada something dlm freezer ready for irfan. kena make sure dia makan.nak mengajak dia makan adalah sgt mencabar. yg nk gelak la ni sgt suka tnya makanan ni angin x mummy? adoi..aku jwb camni ja..angin juga tp kalau makan nasi dlu okla x anginla...hihihi..lekat gk dlm otak dia statement tu tp tetap susah nk diajak makan but once dia minta makan kelam kabut la aku sediakan sebab kalau dia minta tu makna mmg dia nak makan.
Iqram plak dok kedek2 sana sini ja la ni..x retila dok diam.pantang nmpk ada org p dapur satgi dia kalut la p. pastu suruh dukung psl dia nk tgk kita masak.kalau blh nk tolong kacau sekali pegang sudip tu, pastu pantang buka grill tu laju ja dia melangkah kluaq dan dgn jayanya dia explorace. dia x mcm irfan. irfan xkn pegi jauh dr kita..dia main dkt2 tu ja masa kecik..x akan jauh dr kita kalau agak jauh dia akan patah blk...iqram no ok...dia kalau blh nk turun tangga sendiri. aduii.

Ilham turning 6 month old....

Ilham dh msk 6 bln...dh blh meniarap la tp dia malas nk meniarap..sekali sekala ja itu pun dgn penuh tension nya...mcm letih sgt la kalau meniarap tu...2 days b4 dia msk 6 bulan dia demam..panas sgt badan..masa tgh mlm tu mcm api ja...mummy sgt cuak ok...trus p buat air asam jawa jelom dia....2 hari gk arr dia demam..sib baik demam ja xdk lak selsema & batuk...keh2 batuk skit2 tu adala. ngam2 12hb ja dia pn trus baik demam. aminn
Ilham ni baik la...x byk ragam. seawal 8-9mlm dia dh zzzzzzzz....tp la ni makin kerap nk minum susu....byk kali gak la la ni mummy kena bangun bancuhkan susu utk dia..tu x selingan abg iqram g. dh bg dia solid food...kalau nestum tu laju ja...kalau bubur nasi tawar buh carrot tu ja wek2 payah nk habis....
yg sedihnya ngam2 masuk 6 bulan kan Ilham xmau lgsg breasfeed..aritu dia reyau aku bgla dia, dia wat keras2 badan dia xmau..lagi kuat dia nangis...pastu bg dia fm trus minum dgn lajunya. rasanya 4kg x ckp ni sebulan kalau camni dia minum...previous rekod abg2 mmg maintain 4kg ja sebulan. mummy rasa sedih sgt di situ...may be org kata dia beralah dgn abg dia...iqram mmg pantang dekat peluk2 dia trus lembik tengkuk ek..ek..ek....





p/s: suka tgk dia tidoq...cumil jaaaa

Wednesday, February 9, 2011

Irfan admitted @ppukm


8.02.2011 blk dr kerja mak dh bgtau irfan dok sakit perut tu pun ada hati nk ikut opah pegi chow kit lg tu..aku x kasi lgpn he suppose to attend his iqra' class tonight. ikut aku blk.kejap2 meraung sakit kejap2 ok. sampai umah dh xleh jln minta dukung..adoi..antaq adik2 naik dlu..turun plak amik dia. x blh jd la harus bw dia g klinik psl dok sapu minyak angin pn dok sakit gk lg.aku bw dia p klinik Penawar..sib baik ada dr ptg2 ni..tp lembab xtau nk hbq...pembantunya srg...diala amik registration diala bantu dr, diala sedia ubat, dia la nk pggl patient, diala nk cari kad aku rasa...mana p lg assistant depa ni..klinik xdk org pn tp menunggu punya lama yg si irfan ni dok merengek2 rasa nk terjah ja msk blk dr tu. Dr kata ada angin kt perut dia..dia bg ubat sakit perut & angin...blk umah trus bg dia makan. x elok gk sama gk pastu..dlm 10 lebih dkt 11 aku bg lg sekali...dia tido tp bila sakit dia akan terjaga n merengek2 lg menahan sakit.bg dia mkn muntah habis semua yg dia makan, susu pn aku x berani bg.x kesudah sampai 12 lebih mummy dh x larat...passed kt papa lak la handle,mummy nk tidoq dh. dlm pkl 1 lebih si papa msk siap2 kena bw g hospital gk arr die ckp..okla.rasa nk sgt ikut tp mcmana plak ngan si kecik 2 org yg dh dibuai mimpi tu..sian plak...okla tggu dlu...pkl 3 lebih dia call ckp suruh dtg. dia call adik dia tlg amik aku n baby2 aku tu jap..selesai antaq depa umah opahnya adik dia antaq aku g unit kecemasan ppukm. masa sampai depa tgh buat x-ray..dia suh aku p kt x-ray..jenuh aku cr jln semua tutup.of course la dh mlm2 semua exit pelawat tutup. depa guna laluan staff la kan dr emergency tu..aku ckp mana buleh pi. tggu kt luar blk A2 kt emergency tu..sib baik emergency lengang je mlm ni patutla agak cepat...penah p dlu punya ramai even dh 2-3pg. depa dh hadkan betul2 emergency br depa accept.patut arrr..elok pun. sepatutnya dlm blk A2 tu pn xleh msk sesuka hati.org dr dlm ja blh tekan button membolehkan org luar msk. dia pn p la tekan. so dptla aku msk..Allah sian anak aku tersadai atas katil tu. dh siap wat x-ray....dok sat Dr mai bgtau dia ada appendix symptom...dh refer ke Dr tu, tgh tggu Dr pakar bedah kanak2 appendix..tudia..aku dgr title Dr tu pn aku dh gerun..masa ni irfan dh terlena.sian letih dok menahan sakit..air dh dimasukkan kt badan dia...dok sat Dr tu pn mai...dan aku gheling tag nama dia..nama pa xtau aku tgk no k/p dia...(aahaha buleh x) ooo thn 79 samala umur dgn aku...dh jd dr pakar no...elokla. very soft spoken n polite ja gaya orgnya...pas soal selidik aku n periksa irfan dia kata kena admitted la dlu...depa nk tgk dlu mcmana...nk kena bg dia ubat kasi berak 1st. dok sat mai la srg attendance tolak irfan ke Wad Pembedahan Pediatrik (nama wad buat aku gerun jugak)...Dr pun suruh dia posa dlu..suspen betui. mcm serius jerk bunyi nyer...pas masuk ubat montot dia pn nk buang air besar...pastu dia tido blk. lepas tu dia dh x mengadu sakit lagi. lega...pagi2 pkl 7 Dr yg sama mai...masa ni dia dh siap mandi n pakai formal dh..sian dh la semalaman kena standby agaknya seawal pagi dh kena attend patient kt ward. itulah namanya Doktot. dia kata dia dh ok so blh bg dia makan...kejap lg saya bg discharge la...legaaa...dia mcm angin sembelit camtula..dh membuang dia legala.tu la bab makan mmg cukup susah anak aku srg ni.biar dia rest tido dlu bila dia jaga tnya nk mkn apa, dia kata nk mkn nasi..aku turun p beli kt kantin...marvellous siot nasi lemak kt situ..beratur...aku x la buh sambal utk dia..risau kacau perut dia kan br nk elok.
tghr discharge...yg lama nya tggu msn fax GL...slow mo betui...menunggu la kami kt situ. pastu en supir pn ala2 kura2 gak...hish everything xleh jln secara smooth la ni..ada ja iklaneka yg buat aku lenguh minda...haishhh




Sunday, February 6, 2011

cuti CNY + hr wilayah...cuti kerrr???

org lain mesti mcm syok2 ja nk update psl aktiviti cuti yg panjang....kt fb kt blog n etc...aku? aku nk gak update walau sgt *%#%&*@(%!@#%^.....ish x laaa....aku habiskan cuti bersama anak2 dgn sgt berquality and quantity sekali la kiranya...yup i'm soo bahagia spending time dgn mereka...
walau x kemana2 aku dikunjungi tetamu2 selama 3 hr berturut2..well at least kan it release my tekanan dalaman...1st my hubby's cousin with her anak2 spending time thw whole evening at my house sampai my mum in law call ajak main bowling...so kami berangkat ke endah parade ber leisure2 disana...habis bowling, layan karoks and game...sakan sampai tgh malam...and my babies maintain x meragam..maklumla dh namanya suku sakat suka karok2 ni kan apalagi depa juga turut layan...ilham senyap ja mcm paham...iqram la masa last2 tu agak nk buat perangai..bukan pa dia nk layan kaki dia kesana kemari actually bila dilarang tu yg dia meragam....hidangannya adalah nasi lemak buatan tangan hanim yerrr....nk rasa ? marila kerumah...
khamis...dua pupu aku n family nya plak bertandang...aku buat mee goreng jamu depa...nk jamu nasi menu aku lebih kpd menu anak2..sup ayam centu....layan sampai pkl 10 gk br depa beredar....
jumaat...abg aku n his family plak bertandang...x lama la lepak...depa bercuti kt sini kot malas aku nk tnya byk2 hat ni...mai umah aku pn okla...itu pun dh hujung2 nk blk as dh....as usual dia hanya dgn dunia sebelah family wife dia sahaja...dia mcm x brp nampak kami yg sipi2 ni....up to u la abang kalu itu yg buat abg happy.
neighbour aku bg sebiji sukun so aku gorengkan utk hidangan kpd mereka ini.
boleh dikatakan rajin jugala tahap memasak aku ketika ini...paling best bila aku masak anak2 makan dgn byk...Irfanla..psl dia susah kan nk diberi makan...tp la ni aku kena alwez prepare something coz suddenly ja dia akan minta nasi ka apa utk dimakan. kalau xdk apa2 aku akan rasa bersalah.
ahad..last day of the day....hr ni malas segala....breakfast aku kuar beli ja. lunch aku lari g umah mentua aku ja...pastu again bowling...depa beramai2 ajak p lagi..layannnn dr xdk nk watpa..bkn apa aku kesiankan irfan..kalau xdk apa2 aktiviti sian dia. layan dia main bowling. bukan main suka....
conclusion....cuti ini hanya aku dan anak2 tanpanya yg ibarat kejap ade kejap x ader...seawal sebelum subuh td pagi berlaku lagi pertikaman lidah yg ntah keberapa kalinya....aku perlu memahami keadaan...aku jugak yg perlu faham keadaan yg bukan juga berpunca dari aku...sampai bila aku nk faham...aku? x perlu difahami....brp byk masa diperlukan lagi utk mengubah keadaan? bolehkah keadaan tu diubah kalau usaha yg dilakukan hanya utk utk short term covered ....aku juga ingin bahagia seperti keluarga org lain....dh brp lama mcm ni?
ada x bomoh yg boleh buang rasa cinta x? tlg rekemen.....

p/s: pg td aku layan cigarate weh..dh katanya rokok leh wat tenang....kalau itu alternative utk wat aku tenang apakata aku truskan ja....

he's walking....



xtau mcmana nk ucap how thankful i am and how happy n bahagianya hati mummy bila iqram dh leh jalan..mmg selama ni yg tu mummy nanti2kan..sekurang2nya mummy tau yg masalah iqram tu x lah seserius mana and iqram blh buat sebelah tangan mummy ni release skit....sebab mummy dh x perlu dukung dua2 baby mummy at the same time turun naik tangga or to somewhere else bila kejadian MIA happened....well...
sungguh happy n ceria sgt bila kwn dh dpt kaki ni..tido pn dh makin lewat.bila abg & adik dh dibuai mimpi dia masih ceria kehulu kehilir melayan kaki dia dgn penuh keceriaan sampaikan mummy x sampai hati nak bawa masuk tido and for sure juga kalau dipaksa dia akan mengamuk guling2 atas katil & menyebabkan abg and adik lak join sekali....warghhh mummy nk keja la sayang perlu tido yg cukup kena bangun awal.
Alhamdulillah...aku bersyukur kehadratMu Ya Allah kerana ujian yg 1 ini tidak terlalu berat utk ku tanggung....mcm penah aku ceritakan kalau nk dibanding kan dgn budak lain kt fisio session tu lgla....amin....ok pasni let's wait for adik ilham turn to walk plak...adoi mummy sungguh kalut...merangkak pn blom la mummy sibulat tu....huhuhu