Followers

Thursday, August 20, 2009

Al Fatihah...

lately lepas srg2 saudara mara dekat atau jauh atau insan yg aku kenal kembali ke rahmatullah...bermula dgn cousin aku abg omar, dia eksiden xtau sapa langgar on the nk pegi keja...kepala dia teruk...sampai di saat akhir hayatnya dia hanya blh minum susu..makan ckp semua x blh. pegi dia meninggalkan anak2 yg masih kecil dan masih bersekolah.

after a few month paklang khalil (adik ayah) pula kembali ke rahmatullah...kepergiannya sgt dirasai dlm keluarga kami kerana blh dikatakan secara mengejut.dia ke IJN utk check up ikut appoinment yg sepatutnya tetapi tanpa di sangka2 dia drop on that day gk kt IJN. mlm tu aku sempat la berada di sisinya di saat dia menghembuskan nafas terakhir walau masa tu dia dh x sedar lagi. Kehilangan paklang adalah sgt besar dlm keluarga kami kerana dia antara yg selalu memainkan peranan penting dlm urusan keluarga kami yg besar ini. Ayah bagai hilang semangat, katanya plang bkn sekadar adiknya malah di anggap juga sbg teman karibnya. Nasib juga la anak2 plang dh besar2 belaka dan sudah blh membawa diri.
after a few month lagi mak aku pula kembali ke rahmatullah...kisah mak sudah aku ceritakan pada entry yg sebelum ni. kini hanya doa mengiringi mak. setiap hari aku bacakan al-quran utk mak..nak habiskan sebuah sampai khatam. utk aku juga yg dlm keadaan mcm ni. lepas solat maghrib itula rutinku seharian.

x lama selepas mak tiada, anak kepada kwn kakak sulong ku berumur 2 thn pula meninggal dlm kemalangan yg agak mengerikan...anaknya tu terpelanting keluar melalui cermin blkg kereta yg pecah, puas mencari x kelihatan rupanya dia tercampak ke dalam longkang luar highway berlumuran darah. otw ke hsptl dia sempat lagi memanggil mama..mama....sedih btul aku membaca kronologi dr mama dia menceritakan tentang saat2 kematian anak bongsunya itu. airmata ibu mana yg blh tahan. mengalir dikala aku membacanya.

selepas sebulan ketiadaan mak, saudara terdekat blh dikatakan kakak kepada mak pula dikhabarkan meninggal dunia...diabetes yg agak kronik. kaki nya dah di potong sampai atas sebelah. dia byk menyimpan kisah2 mak aku dr kecil hingga berkahwin ngan ayah.

and 2 hr lepas wife kpd cousin aku pula menghembuskan nafas terakhirnya kerana menghidap leukimia. begitu cepat leukimia ni merebak kerana terasa baru sj mendapat berita yg dia menghidap leukimia yg serius. masa hari pengebumian mak dia ada dtg dan keadaan nya sgt berlainan...kurus yg hnya tggl tulang.cengkung mukanya. dia ni seorg yg sgt happy go lucky. br ja cousin aku bercrita td yg anak bongsunya asyik sj menangis dan langsung x mahu berenggang ngan ayahnya skrg ni...baru darjah 2. dia rapat ngan maknya. dia tinggalkan 3 anak yg masih belum tahu mengurus diri sendiri...yg ke 2 darjah 5 and sulong form 1.kesian kan...sekali lagi menitik airmataku mengenang nasib mereka. siapala yg nk diharapkan utk uruskan umah, makan, pakai sekolah bdk2 tu.

Sengaja aku bergurau dgn hubby ntah2 aku pula selepas ni. Ya Allah panjangkan umurku kerana aku belum sepenuhnya menjalankan tanggungjawabku terhadapMu. Aku pohon padaMu jgnla di ambil nyawaku di saat anak2 masih memerlukan seorang ibu.amin

Alfatihah utk semua.

5 comments:

Naddiea said...

Hanim...insyaallah keluarga n kawan2 akan doakan yang terbaik untuk hang.jangan risau kay..untuk yang dh pergi kita doakan jugak yg terbaik utk mereka di sana.

hang take care taw.sms aku bila hang dh deliver.hubby aku keja kat hukm.maybe aku boleh jumpe hang kat sana.

iEtaFAkyR@ said...

hanim, ajal maut ditgn Allah...kita mmg merancang, tp segalanya Allah dah tulis...follow the path hanim, jgn cepat melatah, tp aku respect ngan hg, sgt tabah hadapi dugaan yg mendtg, satu demi satu...ada byk hikmah yg menanti...insyaAllah...

Diamilikku said...

huhuhu..jgn ahh sedih2..kita sama2 pernah merasa kehilangan..lebih2 lagi org yang kita sayang n dekat dengan kita...apa2 pun aku doakan hang tabah..
tapi kan awat hang tak pilih tarikh 090909...cunnn ooooo...

aku duk aim dua tarikh ja bulan september nih..

09.09.09 atau 20.09.2009....heheheh..tapi normal maaa..mana boleh nak pilih2 tarikh

SM79 said...

menitik ayaq mata kami baca entry hamp ni... sabaq dgn dugaan tuhan... ajal, pertemuan, maut semua di tgn tuhan... semoga hamp lebih tabah dlm menjalani kehidupan seharian.. bnykan berdoa & bersabar..

kami doakan semoga segalanya berjalan lebih lancar.. sbb km tau cemana nk hadapi ceaser..:) kami dh ada pengalaman kan...

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

ish hang ni anim...melawak pun melawak gak, cuba la melawak benda2 len..anyway aku dulu pun penah la terpikiaq benda bukan2 tp aku diamkan aja..and berdoa supaya suma selamat..

caesar ni ok la...blh sembang2 dgn doktor lagi..tapi yg teruk nak jaga masa dlm pantang..bayangkan nak batuk and bersin pun blh terasa kan sue kan...