Followers
Wednesday, August 4, 2010
Iqram
blom pn reda cerita smlm yg mengusik jiwa, menjeruk rasa arini hatiku bagai di palu pula...tinggalkan cerita semalam kerana cerita hari ni lebih penting untukku.sangat penting.
aku perlu kekuatan, ketabahan , keprihatinan yg lebih lagi untuk cerita yg ini...masa , tenaga , komitmen, perlu aku korbankan...
baru ja semlm aku having chit chatting dgn Irfan..aku ckp dgn dia kalau mummy dh xde Irfan kena jaga adik elok2...Irfan xleh pukul dia sebab skrg ni kan dia selalu ja nk pukul2 si iqram tu. dia mengiakan pastu dia diam..nampak matanya agak memerah tutup muka ngan bantal busuk...kalau mummy xde sapa nk jaga irfan? esak tangis dia mula kedengaran walau perlahan. pastu mummy la plak yg mencurah2...rupanya ada perasaan sensitif jugak anak sulungku ini..ingatnya mcm rock stone je bab sensitivity ni...pastu aku ckp ngan dia..Irfan kena jaga mummy bila Irfan dh besar nnti tau..pastu dia ckp mcmana Irfan nk jaga mummy? ye la bila Irfan dh besar, dh pandai , dh keje nanti la Irfan lak jaga mummy, skrg mummy jaga Irfan....angguk2. Irfan nk jd apa besar nnti? hero...adoi..hero ka...koboy2....ish ada ka gaji jd hero n koboy tu?
arini seperti di jadualkan appointment anakku Iqram utk berjumpa dgn Pakar Kanak-Kanak (Neurology) di klinik pediatrik 2 PPUKM..Prof Ong ..dia bukan hanya di periksa oleh seorg Dr tp 3 Dr which is sumenya chinese. eh ha sebelum ni dia dh 2 kali jumpa pakar tulang... Dr Iskandar n Dr apa ntah lg srg..keja ulang pi PPUKM ja la la ni..sat mak sat anak.. menurut Dr Orthopedik tu dia xdk masalah tulang depa suspek saraf that's why kena refer paed saraf. hasil pemeriksaan awal mmg didapati Iqram mempunyai symptom mcm angin ahmar versi kanak2. tp tahap keseriusannya masih x dpt dipastikan...dia perlu menjalani MRI kepala kerana ianya berpunca dr saraf di kepala dia.suspek ada saraf yg blocked.dr MRI tu nnti br tau tahap mana keseriusannya..Dr ada bgtau yg depa perlu bius dia seluruh badan utk wat scan tu n he need to be admitted..masa dr kata dia kena bius 1 badan masa prosiding MRI tu dijalankan sebab dia kan masih baby nnti dia x dok diam, mata aku sudah berkaca..xleh aku nk bayangkan dia x sedarkan diri nnti...nk tgk dia kena injection pn rasa nk reyau dh...Ya ALLAH bg aku kekuatan lagi ...supaya aku masih blh menerima cerita2 seterusnya. Jaminan utk dia pulih 100% adalah tidak dpt dipastikan...dia perlu menjalani Fisioterapi yg hanya akan membantu dia mencapai pencapaian maksimum dlm mengatasi kelemahan sebelah kiri dia. secara kesimpulannya dia akan mengalami keadaan yg lemah tangan n kaki kiri dia dlm jangka masa yg tidak dpt dipastikan...aku tnya dr adakah ni penyebab dia masih x leh merangkak n meniti..yup ini adalah berkaitan kerana anggota sebelah kiri dia lemah....tp kalau nk diikutkan dia x serius sgt sbb masih blh bergerak..still blh angkat tangan n kaki dia cuma dia xleh hold benda. x kuat....aku diarahkan utk pegi amik appoinment kt radiology utk MRI (scan)....dpt date 27/9/10...dia kena admitted to the ward first b4 scan dibuat and sah2 time tu aku dlm pantang...sekali lagi x tertahan rasa sedih di hati ibu ni...aku nk temankan dia nnti...so aku harap aku bersalin cepat n at least aku dh kuat time tu utk bersama dia dlm ward n masa scan tu nnti..he need me...aku x nmpk org lain yg paling layak utk ganti tempat aku untuk hal ni...mcmana? Tuhan bantulah hambaMu ini...aku pohon sangat2....
menurut Dr benda ni jadi masa dia still dlm rahim aku...masa ni trus terbayang muka dia...dia byk buat aku memendam rasa semasa pregnant..dan ini la yg dikatakan emosi ibu mengandung kena jaga nnti effect baby ...ha ni la...baru aku faham ....n aku trus bergelut dgn perasaan aku dgn terus menyalahkan dia...dan pregnant kali ni lagi teruk perasaan aku menjeruk rasa....ntah apa plak akan jadi...
Ya ALLAH beri aku kekuatan..bantu aku menghadapi semua ni dgn permudahkan semuanya...pulihkan anak aku supaya dia dpt membesar seperti kanak2 lain....dr kata ini kes ke 2 kt PPUKM...yg 1st umur 12 thn br parents dia perasan n Dr kata aku good sebab alert awai...alhamdulillah..walau nampak minor tp kalau dr awal dpt kesan Insyaallah kot .....itu yg aku harapkan...aku sedih ni kawan2....x tertahan2 airmata mengalir seharian nih.....Iqram mummy love u so much....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Ya Allah mmg menduga betul kehidupan hang ni hanim, lepas satu...satu yg mai.setakat faham dan cuba menyelam rasa dari kawan2 ni mmg tk cukup utk kurangkn beban hang. aku tumpang sedih dan turut berdoa utk hang meniti hari2 cenni dgn pasrah dan tawakal.apapun, aku harap hg doa byk2, lipat gandakan kesabaran.
InsyaAllah dah dokter kata boleh pulih n dia still lembut lg, aku harap iqram sembuh sepenuhnya. boleh! yakin ya. anak buah aku dari tk boleh berjalan, skrg paling tidak dh boleh berlari2 anak. ada cahaya menanti, hg jgn risau sgt2...nnt bby yg hg tgh carry tu pun kita tk mau jd ada kesan yg negatif kan. semoga hg tabah yer hanim.
i feel u fren. tp siapa kita nak menolak ketentuan Allah. kena telan jugak beb, tp aku tau n yakin hg boleh. ingat, Allah tahu kemampuan hg di tahap mana, sebab tu semua ujian ni dtg dan hg akan boleh tempuhi.
sabaq la hanim..berat dugaan hang..tapi hang kena kuat...anak2 perlukan hang semua la ni..kalau hang duk menjeruk rasa duk emosi..nanti hang sakit..lagi kesian kat anak2....berat mata aku memandang...berat perasaan aku membaca tulisan hang ni..berat lagi apa yang hang rasa kan...be strong tau...kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk hang...
Hanim..... kami hanya mampu berdoa tuk hampa meneruskan kehidupan mcm nih.... Kuatkan semangat.. tabahkan hati.... hampa kan Mummy yg tabah... kami rasa kami tak setabah hampa...
Ya Allah... Semoga Kau Permudahkan Segalanya.... Aku sayang sahabatku ini... Berat mata memadang berat lg bahu yang memikul.....AMIN
Hanim, Kak Zaid tak tau nak cakap mcm mana tapi Hanim kena positive coz now Hanim tgh preggy dan jgn biarkan emosi menguasai diri Hanim...Hanim kena percaya Allah bagi dugaan dan ujian ni sebab nak uji tahap kesabaran, tawaduk kita kat Dia...kita org Islam hanya Allah saja yg berhak tentukan hala tuju hidup kita...sesedih mana pun kita kita still ada Allah utk kita mengadu. Tiada tempat lain yg patut kita mengadu...cuma doa yg terbaik untuk semua. Kak Zaid pun kalau sedih I just nangis kala berdoa...mintak sungguh2..buat solat hajat..dugaan dan ujian ni mungkin utk kita tebus dosa2 masa lalu kita dan ia mengajar kita jadi org yg lebih kuat in future..Percayalah mmg ada hikmahnya..yg penting Hanim kena positive sebab kalau anak2 kita tgk kita kuat depa pun akan kuat...mcm tu lah kak Zaid rasa bila my 2nd dotter admitted and hari2 kena ambik darah masa baru lahir till umo dia 2minggu...kita mmg sedih tapi remember those kids are real survivor..depa tu kuat sebenaqnya..dan kita harus kuat utk diri dia, baby dlm perut, utk family dan semuanya...Kak Zaid percaya semua org yg di takdirkan jadi wanita ni adalah insan yg kuat dan tabah, sebab tu Allah pilih kita jd wanita not as a man...So Hanim be positive, jgn biarkan emosi menguasai diri kita biar apa pun keadaanya. InsyaAllah Hanim dpt rasa perubahan kat diri Hanim..
aku tak tau nak kata pa. hang pun tau aku ni 'stone' skit kalau bab perasaan ni, aku xreti nak tunjuk. tapi aku paham masalah hang.... hanim, kalau ada apa2 masalah, terutamanya time keja hang kena amek cuti atau sbginya, bgtau.....jgn malu2 insyaallah aku cover. syahdu plak aku tgk hang, dah la preggy...kalau apa2 hang cari aku, kalau malam pun ok, tepon ja, rumah aku ngan rumah hang tu dekat ja pun. lagipun kita bukan org lain, bau2 laksa saja pun......
tq so much atas semua kata2 semangat n advise hgpa semua...really2 appreciate...aku la ni sedang cuba utk anggap benda ni x serius n x kn jd serius..aku dok train dia skit2 guna tangan kiri dia..alhamdulillah mcm ada gk improvement...dia blh buat cak cekur udang gamit, dh blh clap2...cuma nk hold benda tu x leh g...
hanim..bila aku nak baca entry2 happy hang lagi. semenjak dua ni asyik entry sedih dan pasrah. aku sekadar boleh bagi nasihat ja la "sabaq banyak2" tapi sekadar boleh kata mcm tu sapa2 pun boleh kan. hang yang nak face semua ni. aku x tau nak tolong mcm mana, sekadar berdoa yang terbaik utk hang saja.harap hang tabah. Percaya dgn janji Tuhan. Dia sayang hang sebab tu Dia uji hang banyak2. Lepas hang berjaya lalui InsyaAllah ada sinar yang menanti.
eza...aku pn xtau la bila matahari tu nk bersinar kt aku..asyik ja mendung kelabu menyelubungi hidup aku lately...bkn lately sejak mak aku meninggal mid of last year aku rasa aku x henti2 di uji...
hanim, sorry aku baru dok melawat blog kawan2 & baru tau pasai cite ni. dah la fb aku non active dah huhu..teruih taktau kisah kawan2.
Hanim,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri hg.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Kalau hg rasa tidak kuat atau feel down, luahkanlah kat blog ni, yg paling penting,berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Allah sentiasa bersama kita , Hanim. Semoga hang tabah..dan semoga Iqram sembuh sepenuhnya nanti. amin..
Masyaallah..berat sungguh ujian hang Hanim..aku tumpang simpati.aku harap sgt hang kuat.la dh ada 3 anak2 yg hang kena beri perhatian.semoga Iqram akan pulih secepat mungkin.betul kata Durra,ALLAH sayang kat hang sebab tu hang kena uji mcm ni.Insyaallah hang akan dapat pelangi yang sangat cantik untuk menceriakan hari2 hang and family.Aku doakan hang sihat walafiat utk menjaga anak2 n family.Ameen....take care!!
Post a Comment