Followers

Saturday, September 5, 2009

It's Our 6th Anniversary 5th Sept 2009

Thn ni la for the 1st time kami x dpt bersama2 celebrate our anniversary...even biasa pun kita just having dinner outside or blow the cake candle jer pn xde...kami terpisah :(
Agak malang la nasibku bila dis week aku not allowed for homeleave again due to my pregnancy have reached 36 weeks and the operation is closer. ala pdhal kalau nk bg tu blh jer..aku ok je xde bleeding, xde contraction, bb movement pn ok somemore umah aku 10 min jer in case anything happen la kan..sj jer doctor tu.
Kalau diikutkan pd 6 thn lepas arini kami diijabkabulkan oleh ayahku sendiri selepas asar di masjid kampungku. aku memakai busana putih dan di make up oleh seorg nyah - Kay...aku satisfied ngan make up dia sampai sedara sebelah mak dok puji la aku konon aku lg cun dr erra fazira..wahhh....kakaka...kebetulan masa tu erra br je kwn ngan yusri bln 6....next day aku bersanding la ngan memilih purple theme for all la include my family also wear purple...and arini pun aku pakai baju purple gk (uniform ward HUKM) hahaha.... a week after majlis kt KL umah hubby in blue set...syg gmbr kt KL x cantik coz pelamin kaler a bit dark blue bwh khemah so bila ambik gambar x clear la...depa lak x buh spotlight ka apa bg terang. tp okla kan...still ada yg akan dikenang sampai bila2.
Actually kalau ikutkan usia perkenalan kami thn ni dh genap 10 thn..aku sempat bercinta cintun ngan hubby selama 4 thn b4 married...lama gak kan....hubby aku bkn jenis yg romantik org berbunga2..aku sgt kenal dia dr dlu mmg camtu that's why aku x kisah kalau dia x reti nk wat suprise2. biasanya dia akan bw aku pi shopping mall and pilih sendiri apa aku nk as present...itula hubby ku...
Smlm sengaja aku tggu ucapan dr dia dtg dlu coz mmg aku wat xtau je n x sentuh lgsg psl ni lately nk uji dia ingat ka x..alhamdulillah la dlm 12.05a.m msk sms dr dia. aku pun reply and wish dia...dia ckp jgn sedih2 coz kita akan dpt seorg lg zuriat sbg hadiah ulangthn perkahwinan kita thn ni....terubat gakla ngan kata2 dia tu.
Tadi dia dtg melawat aku kt ward bw juadah berbuka yg blh dimakan satu family besar...ingat aku ni perut tong pa...sudahnya ke tong sampah. kuih berlambak2 yg mak beli, hubby beli and pakcu kasi lagi...bihun goreng..nasi ulam...nasi n lauk mak masak lagi....hubby aku kalau belanja mmg x reti nk jimat..sebab tu aku suka pi beli sendiri..kalau srh dia alamat camtu la...sayang membazir gila2 makanan. Dia pun berbuka sama2 la kt sini sejak smlm temankan aku.
Melayan anakku irfan makan...hmmm sian anak mummy kalau dtg sini je mcm2 nk mkn minta di suapkan..mcm x mkn 2 hari...sj la tu nak manja.

Thursday, September 3, 2009

Life in ward...











Alhamdulillah dh nk sampai kepenghujung juga life aku kt ward ni akan berakhir....next week thursday 10/9 aku akan di caeser kan by Dr Harry...smkn dekat aku smkn terasa takut...mana2 patient yg dh lepas operation akan aku interview (maklumla patient veteran kt ward ni). last Tuesday masa consultan/specialist (Prof Tan) round they have a ringkas breefing in front of me...aku dgr dgn teliti setiap butir bicara walaupun discussion was actually among the doctors....
who is going to be my surgeon, what preparation they had do and should do...aku semakin gementar....pas pada tu mcm2 soklan aku asyik tnya Dr Harry. Nmpk ja muka dia aku sedia dh soklan...hahaha...aku leh jd medical student plak dh. tp mmg tau sejak dok lama sini aku byk belajar la psl O & G ni gak...psl kan student selalu kena examine the patient in front Prof yg sgt strict sampai student terketaq2..aku suka la cara Prof ckp...everything dlm pala otak with no a..a...a...kalau soklan ditanya dijawab ngan a..a..a confirm kena marah. Dr biasa pun kena kalau x confident...nama pun Prof kan...
Aku puji la Dr2 dlm ward ni...under Yellow Team aku nya ward ni...Dr2 sgt la efisyen...satu hari ntah brp kali depa jumpa patient...kdg2 mcm berebut2 plak...file aku tu dh naik lunyai and sgtla tebal (maklumla veteran) report 1 hr ntah brp kali depa dok tulis.ka mmg depa kena wat camtu xtau la plak aku...kot ada point ka apa ka kan....seawal 7 pagi Dr dh start round. aku ni dok kira nk lena g...Consultant/Pakar merangkap Prof akan wat round seminggu 2 kali...jumaat confirm..masa tu la para Dr mcm ketaq ja nk menjawab soklan2 berapi Pakar.
Nurse2 pun ok2 gak...aku kira kenal dh la semua nurse kt sini...blh la borak2 lebih skit dgn depa.
Alhamdulillah selama dok hospital antara kebaikan nya pd diri aku, aku lebih rajin bersolat and baca quran...vitamin on time...cuma makanan la x sedap...org lain elok ja makan tp aku ni mengada skit kot...setiap hari MIL akan antarkan nasi and lauk yg dia masak...sungguh terhutang budi aku ngan MIL aku nih. byk lak tu sekali antaq...syg membazir..aku bkn mkn byk. hubby beli kue and air as requested.
Cuma yg x tahan tu mlm la susah nk tido...especially bila bb meraung bersahut sahutan....aduyai. time ok2 la...pkl 6 dh buka lampu...aku mmg x leh lena nya kalau terang.
Bulan posa sahur di antar jam 3...bygkan aku bkn besa sok pkl 3...aku bgn pkl 5..sejuk pun sejukla janji x mkn terlalu awal...menu sahur is better than menu biasa...may be msk skit ja utk beberapa org yg posa ja...x ramai pun 1 ward 2-3 org ja..maklumla kebykkan bersalin.
BABY...skrg aku lebih byk fokus and mula merasa ketidak sabaran menunggu bb aku lahir psl dok tgk bb org kan. Kalau dlu aku hanya fikirkan si abang Alhamdulillah aku dh dpt memotivasikan diri sendiri dh skit2...bb aku kali ni tersgt la aktif...tiap kali org kacau dia, dia akan pusing merata2...padan muka hgpa...ya la kdg2 Dr, student or nurse dok nk amik heart beat dia kan...nk wat CTG dr ptg sampai ke mlm x dpt...position lari. at last nurse kena pegang psl dia xmau ikat2. pdhal nk amik 10min ja utk print chart tu. mcmanala bila lahir nnti.
Si Abang dlu seingat aku sgt manja...gerakan dia pun ala2 manja gitu. betulla kot normally anak 1st and 2nd akan amat berbeza karektor. Doa aku semoga dia selamat dan dipermudahkan kelahiran dia. Dikurniakan cukup sifat, sihat tubuh badan dan sempurna akal fikirannya.
Irfan plak walaupun perasaan rindu tu masih sarat tp aku cuba utk tidak terlalu memikirkannya. Setiap kali nk blk dr melawat aku dia akan ckp 'nnti mummy blk eyy'...sedih...tp wat2 tegar. Hubby? x la rindu sgt....hahaha...may be naluri ibu lebih kuat dr naluri isteri kot lagipun dia leh mai anytime.

Monday, August 24, 2009

duhai anakku

arini msk ari ke 3 kita berpuasa dan Alhamdulillah aku berjaya mengerjakannya. selagi termampu buatla kan lgpn memikirkan aku hanya totally bed rest xdk reason for do not fasting. sayang pun nk tggl posa ni. x rasa nikmat ramadhan..dh la aku ni kategori malas ganti posa gak. harap2 berjaya sampai a day before caeserean nnti..Insyaallah amin

lepas 2 hari berpeluang berbuka bersama hubby, irfan (walau x posa) and in laws family arini aku back to ward. sedih sgt saat nk berpisah ngan irfan td pg di saat dia masih tidur...as usual airmata tidak dpt aku bendung jatuh jua...

almost 2++ days at home aku mmg really spend time ngan dia and hubby and sekrg ni aku sgt sensitif kalau hubby marah kan dia..aku turut akan menangis kalau dia menangis2 mengadu dgn aku walhal sebelum ni aku mmg nk hubby tegas ngan dia sebab dia dh terlalu dimanjakan sampai aku takut irfan akan jd melampau dan x dpt ditegur lagi. tp disebabkan condition aku camni sensitif plak kalau tgk dia kena marah...tambahan skrg ni masanya byk di umah opah dan atok yg terlalu memanjakan dia...apa dia nak semua diberi. x penah marah walau dia buat salah..dh xleh di tegur ade je jwpn dr mulutnye yg makin petah berbicara. risau jugak aku melihat keadaan ni tp aku x berdaya pn nk buat apa2... as for now a really good care of him is the very much2 important for me coz me myself can't be around him. just berdoa sj.

td hubby antarkan juadah berbuka..ingatnya nk ajak dia stay berbuka dgn aku sekejap tp memandangkan pak guard pd mulanya x benarkan irfan msk due to H1N1 yg berleluasa skrg ni. Hubby bg alasan sekejap sj just nk antar makanan then he let irfan to be in...so berbukala aku srg2 sambil memandang luar tingkap. terasa nk nangis tp aku berjaya menahan dgn positif kan diri aku, at least aku dpt jumpa anakku walau sekejap...x dpt berbuka dgn hubby pn xpala.

Kalau dtg melawat aku irfan selalu akan minta aku suapkan dia nasi. blh dikatakan setiap kali dia dtg...kt umah dlm kemengahan aku masakkan sup favourite dia...2 kali mkn nasi dlm 1 hr..susah tu bg seorg yg bernama irfan...nk mkn skit pn susah. smlm aku cuba cari kekuatan utk bgtau dia yg aku terpaksa blk ke hsptl keesokkan harinya. 'irfan mummy kena blk hospital lagi esok' sambil tarik muka dia jwb ' ala....xnkla kwn mummy'....sedih sgt dgr jwpn dia mcm tu...aku tau dia happy bila aku ada around. what can i do ... terasa ujian utk aku berat bila melibatkan hal anak yg sgt aku syg tu....

Kdg2 aku ada juga terfikir yg aku terlalu hanya memikirkan irfan walhal what makes me need to be here is also for the sake of my baby too...bila hati gundah aku positifkan diri la dgn ini. x adil aku hnya fikir irfan sj. pdhal zuriat dlm kandungan ku ini juga anakku.

aku really hope this weekend i will be allow to go for homeleave again. masa prof round ward td dia ckp may be last this weekend.next week by my 36week dh xleh...itupn 50-50...harap2 aku blh la blk lagi psl what makes me scared most right now is they're getting strict to the visitors due to H1N1..no children below 12 yo allowed to be in ward.

Thursday, August 20, 2009

Al Fatihah...

lately lepas srg2 saudara mara dekat atau jauh atau insan yg aku kenal kembali ke rahmatullah...bermula dgn cousin aku abg omar, dia eksiden xtau sapa langgar on the nk pegi keja...kepala dia teruk...sampai di saat akhir hayatnya dia hanya blh minum susu..makan ckp semua x blh. pegi dia meninggalkan anak2 yg masih kecil dan masih bersekolah.

after a few month paklang khalil (adik ayah) pula kembali ke rahmatullah...kepergiannya sgt dirasai dlm keluarga kami kerana blh dikatakan secara mengejut.dia ke IJN utk check up ikut appoinment yg sepatutnya tetapi tanpa di sangka2 dia drop on that day gk kt IJN. mlm tu aku sempat la berada di sisinya di saat dia menghembuskan nafas terakhir walau masa tu dia dh x sedar lagi. Kehilangan paklang adalah sgt besar dlm keluarga kami kerana dia antara yg selalu memainkan peranan penting dlm urusan keluarga kami yg besar ini. Ayah bagai hilang semangat, katanya plang bkn sekadar adiknya malah di anggap juga sbg teman karibnya. Nasib juga la anak2 plang dh besar2 belaka dan sudah blh membawa diri.
after a few month lagi mak aku pula kembali ke rahmatullah...kisah mak sudah aku ceritakan pada entry yg sebelum ni. kini hanya doa mengiringi mak. setiap hari aku bacakan al-quran utk mak..nak habiskan sebuah sampai khatam. utk aku juga yg dlm keadaan mcm ni. lepas solat maghrib itula rutinku seharian.

x lama selepas mak tiada, anak kepada kwn kakak sulong ku berumur 2 thn pula meninggal dlm kemalangan yg agak mengerikan...anaknya tu terpelanting keluar melalui cermin blkg kereta yg pecah, puas mencari x kelihatan rupanya dia tercampak ke dalam longkang luar highway berlumuran darah. otw ke hsptl dia sempat lagi memanggil mama..mama....sedih btul aku membaca kronologi dr mama dia menceritakan tentang saat2 kematian anak bongsunya itu. airmata ibu mana yg blh tahan. mengalir dikala aku membacanya.

selepas sebulan ketiadaan mak, saudara terdekat blh dikatakan kakak kepada mak pula dikhabarkan meninggal dunia...diabetes yg agak kronik. kaki nya dah di potong sampai atas sebelah. dia byk menyimpan kisah2 mak aku dr kecil hingga berkahwin ngan ayah.

and 2 hr lepas wife kpd cousin aku pula menghembuskan nafas terakhirnya kerana menghidap leukimia. begitu cepat leukimia ni merebak kerana terasa baru sj mendapat berita yg dia menghidap leukimia yg serius. masa hari pengebumian mak dia ada dtg dan keadaan nya sgt berlainan...kurus yg hnya tggl tulang.cengkung mukanya. dia ni seorg yg sgt happy go lucky. br ja cousin aku bercrita td yg anak bongsunya asyik sj menangis dan langsung x mahu berenggang ngan ayahnya skrg ni...baru darjah 2. dia rapat ngan maknya. dia tinggalkan 3 anak yg masih belum tahu mengurus diri sendiri...yg ke 2 darjah 5 and sulong form 1.kesian kan...sekali lagi menitik airmataku mengenang nasib mereka. siapala yg nk diharapkan utk uruskan umah, makan, pakai sekolah bdk2 tu.

Sengaja aku bergurau dgn hubby ntah2 aku pula selepas ni. Ya Allah panjangkan umurku kerana aku belum sepenuhnya menjalankan tanggungjawabku terhadapMu. Aku pohon padaMu jgnla di ambil nyawaku di saat anak2 masih memerlukan seorang ibu.amin

Alfatihah utk semua.

Wednesday, August 19, 2009

living summary

dh lama aku x update blog..lepas ja ketiadaan mak, aku blk kl mc trus sampai la last week 11hb aug 09 aku admitted..dh xleh excuse lagi. sepanjang sebulan lebih mc and stay kt umah irfan sgt close and manja ngan aku pdhal selama ni dia more to his papa.tido semua ngan aku.dlu dia akan dok bwh ketiak papa dia sampai lena br leh angkat msk blk. la ni tgk aku msk blk ja dia akan msk ngan bantal busuk dia borak2 pastu tido ngan mummy...
bygkan betapa beratnya hati nk melangkah msk ke ward yg kita dh tau akan stay lama sampai bersalin kt sini.ingat ja dia aku mesti nangis...MIL aku ckp tido mlm dia mcm x jerap ja asyik terjaga...mesti dia ingat mummy tp xtau camna nk hbq. last weekend aku dibenarkan utk homeleave. bkn main happy lagi..sepanjang perjalanan dia asyik bersembang ngan aku..mcm2 dia tnya.siap suruh aku masakkan dia sup ayam.x penah2 dok request.terharu betui...and last weekend berlalu ngan bahagia sekali buatku...hubby pun really spent time with us.sabtu siap pi low yat cari broadband utk aku, pastu siap pi sogo shopping baju raya utk anak2. dlm xleh byk berjalan sebenarnya aku ni. suppose aku kena check in blk ahad petang tp berat sgt hati nk tinggalkan irfan, hubby and rumah so aku postponed ke isnin pagi...mlm tu ward call tnya bila nk blk..sib baik depa ok.sampai je ward semua dok tggu aku dh...sampai aku xdn nk bersalaman mesra ngan hubby.rupanya ward lengang patient xdk...blh dikira...patut arr depa xdk keja.
kt ward setiap hari mentua aku antarkan nasi n lauk...terharu aku and kdg2 rasa bersalah psl menyusahkan dia.dh la jaga anak aku lagi.lauk2 nya plak bkn cokia2.mcm2 dia masak.aku x mkn la nasi hospital...cerewet skit aku ni...x sedap la...xleh pi...setiap ptg hubby dtg la bw irfan...walau dlm hati risau psl H1N1 skrg ni tp aku nk jumpa dia nak wat camna..pesan la suruh dia pakai mask.
From their schedule suppose aku kena caeser by 38week. which is fall on 17th sept (planned caeserean every thursday)...aku pujuk dr tiap2 hari. nk cepat kan skit. psl 17th tu lg 3 hr nk raya. byk faktor la aku xnk dekat sgt raya...1st mmg aku nk blk raya AS psl aku kesiankan adik2 aku yg 1st time raya without mak. 2nd aku xnk buat mentua aku rasa serba salah nk blk beraya umah adik dia di perlis kalau aku masih di ward or terlalu br utk travel jauh...aku nk dia rasa comfortable n xnk menyusahkan dia. 3rd of course la psl aku nak salary aku jalan balik cepat skit...so after discussion they allowed me on 10th sept...Alhamdulillah....might be a little bit risk to bb...takut dia x leh bernafas lg need oksigen for 1-2 days but kes tu 1 dlm 100 dr ckp...so ckp ngan hubby dia mula x kasi gak psl dgr risk tu tapi dh aku insist dia kalah gk ngan aku...Insyaallah aku akan berdoa selalu semua selamat.

Saturday, July 4, 2009

mak...

mak...nk ckp camne erk....di saat condition aku yg not good nih aku request for my adik to come over jaga aku since dia tgh cuti sem...aku pelik why ayah x reply...neat day br dia call and bgtau yg dia serba salah nk let my adik go due to my mum's condition lately quite bad..dia xnk mkn, xnk ckp sgt...demam....ayah risau and kalau blh xnk la aku gak risau...dgr ja tu aku trus nangis seharian....hubby risau betul dgn condition aku and always pujuk aku supaya not to really think.
ayah ckp apa2 jadi hanim xyhla blk....hati mana yg leh tenang kan...aku ajak gak hubby blk rabu pas keja....tawakkal je la...
btolak dlm pkl 7 lebih. dlm 12 lebih sampai trus pi tgk mak kt hsptl.airmata x tertahan tgk condition dia yg bernafas mengggunakan bantuan. dh la kurusnya makin mencengkung..dh nmpk lain sgt...
aku agak terkilan sbb dgn condition aku aku x dpt nk temankan dia di ward. nk kesana pun hubby kena amik wheelchair sorong aku psl aku xleh jln byk kan. mcm susah jer...tiap kali time melawat aku pi...x kisah la psl condition aku. aku sedih sbb di saat aku blk mak dh x buka mata dh..aku cuma berbisik di telinga dia minta ampun dan maaf...rupanya mmg kot dia nk tggu aku blk sbb aku anak dia yg paling jauh and last sampai...pagi jumaat masa kakak aku temankan dia dia kol suruh dtg cepat bw semua coz mak nya condition dh makin drop and dr pun ckp pls prepare she might be going today...Ya Allah...smpai ja mak dh pun hembuskan nafas dia yg terakhir dgn linangan airmata kakak aku ckp...
pas dibawa nlk ke umah dia dimandikan pun aku turut serta mandikan dia...and paling x tahan di saat dia dikafankan sbb itu last nk tatap wajah dia....dia nampk bersih, putih gebu sgt...
aku ikut juga sampai ke kubur amd sedih sgt mennggalkan dia srg diri dikubur.
mak...ampunkan dosa2 anak2 mak..semoga mak tenang di sana
disebalik kesedihan itu tercalit rasa lega sbb mak dh lama sgt menderita terlantar sakit tanpa blh bergerak. ya Allah cucurilah rahmat
k atas rohnya dan Kau ampunkanlah dosa2 dia...amin

Low lying Placenta Type 3

lama erk x update blog...since mlm ni aku x leh nk lelapkan mata langsung and since aku still kt kg so aku nk update skit what had happened into my life lately...
dugaan agak mencabar harus aku tempuh...on 23rd June seawal subuh about 6++ am aku ada rasa wet ja pastu bangun then find out that. it is a blood...actually aku dh pun having a few series of bleeding but it is just brownies colour like that and it is happened to my 1st pregnancy. but kali ni ada kuar sekali darah beku...hubby ckp xyh la pegi keje..die kasi aku duit srh pegi klinik...dlm pkl 10++ br aku pi klinik...dr scan then refer me to PPUKM formally known HUKM.
tggu hubby settle keja dia baru pi...3++pm dh masa tu...from O&G ke PAC....after scan dr ckp placenta (uri) aku dh cover saluran kuar bb..and i need to be admitted...dr talk to hubby that pls prepare coz she will be needed to stay long in ward...wah agak mencemaskan...pastu trus bw aku ke HDU Labour room..dlm hati cuak gila sbb trus msk dlm labour room kan.aku kena fasting that night and was given 2 injection for matangkan paru2 bb...masa dia bg injection sakit coz nurse ckp ubat tu pekat..,asa tu aku pikiaq mcm2...what will happen to my bb...i'm only 26 weeks.
next day after a group specialist dtg aku dh leh dipindahkan ke normal ward ..bleeding dh stop.
pas 3 mlm stay xde bleeding aku dibenarkan pulang but still under mc for another 2 weeks...xleh wat apa2 totally rest sj...
repeat scan another 2 weeks. if it is still in major type i need to stay in ward until deliver...aduhhhsemua org risaukan aku...hubby jaga aku sungguh like a queen...aku sungguh terharu...love u dear..thank u so much
aku ada tnya dr apa sebab jadi placenta kt bwh ni..dia ckp normally previously aku ada keguguran or penah bersalin caeser or lain2 jenis operation la and in my case aku x penah alami semua tu and dr ckp x pasti why....